Thursday, October 7, 2010

Suatu Usaha!!!

Entry pertama sepanjang minggu ini. Terasa lama jg tiada coretan di sini kerana ada yg lebih giat di usahakan sekarang. Hati perlu tabah, semangat perlu kuat dan minda mesti positi(+)..untuk melihat hasil yg bukannya sekarang ia akan berhasil dan jika tidak berhasil pun asalkan diri ini sihat tan tidak terdedah dgn ganguan kesihatan selain pelbagai penyakit yg famous skrang. Usaha sekarang adalah DIET..kerana saya ingin berubah dr keadaan fizikal sekarang kepada yg lebih nampak baik lagi..insyaallah. Kesedaran sgt memuncak apabila berat naik slps raya. Kajian dijalankan terutamanya dr segi pemakanan..Oleh itu saya harus berusaha menikmati makanan yg paling sesuai tika ini. Jari-jari tombak (family saya bg gelaran pada jari-jari comel saya:) ini ligat menaip apa saja key word utk bahan ilmiah dalam menjayakan usaha diet saya.

Checklist usaha DIET saya:
1) menyenarai petua-petua berDIET dr Miss Alfda. Terima kasih teman...
2) copy + paste + print apa bahan ilmiah yg dirasakan dapat membantu diri..
3) mengamalkan cara makan dr Program Atkins dan Program Limitkan Kalori..keduanya saya cuba gabungkan..bukan mengikut Atkins semata-mata kerana ada jg jenis carbo yg saya ambil sedikit krn adakala saya rasa gastrik saya menyerang..
4) sudah 27hours dlm 7 hari ini tiada nasi masuk ke dalam perut..
5) usaha minum lebih air kosong/suam panas ketika siang hari lbh dari dulu.
6) menyediakan catatan apa yg saya makan dlm diari. sebagai bahan rujukan peribadi!!
7) dah mula ker tapak jogging/gym dgn kawanku Liza(slow2 jer dulu sbb terasa penat klu terlampau pulun)...sibuk browse dan download youtube aerobic exercise. cuba mengikuti video tersebut wlupun skill yg sgt buruk..xper!! harus usaha lagi.
8) makan dlm kondisi berjadual seperti saranan Pakar Dietetic (rujuk internet shj)..
9)memberitahu teman-teman rapat niat saya ini. Syukur mereka memahami dan memberi galakan..
10) berkunjung dgn kerap blog mereka yg berdiet dan bertanya pada kawan-kawan jg. Lps pukul 7ptg sudak tidak makan. Semalam shj sbb hari nie puasa,maka harus sedikit utk tenaga (oat plus koko).

Dalam fikiran sekarang...
~ nak beli alat penimbang berat badan krn slu timbang di rumah teman shj..
~berfikir-fikir nak amalkan nutrition replacement dlm pemakanan saya..
~berangan-angan mempunyai satu mesin exercise. Tp nak beli tali skipping dulu:p

Perkembangan sekarang:
Dah tak rasa lapar sgt kerana minda dpt bantu kontrol nafsu, kulit terasa lebih halus dan kurang berminyak..Tp...rutin mebuang najis tidak berlaku setiap hari sepanjang seminggu ini seperti biasa..harus di cari sebabnya...

THAT ALL for my DIET afford..

Luv

Thursday, September 30, 2010

"Terima Kasih" kawan-kawan & Syukur utk Kehidupan ini...

Alhamdulillah ku panjat kpdMu yg ESA...ku rasa bahagia hari ini atas segala kurnia rahmat drMu....aminnnn

Seperti lafaz syukur di atas, saya terasa bahagia pada hidup saya hari ini. Syukur dengan izin yg Maha ESA saya penuhi puasa sunat 6 dgn sebaik-baiknya, (hari nie sudah raya!!!!) dgn lafaz syukur jg dpt rezki pada bulan ini utk berkongsi sempena kenduri Akikah Akasyah serta pertunangan adik perempuan serta tumpang sekaki mengada kenduri buat diriku yg dimurahkan rezki dalam menjalani hidup ini :) Walaupun saya tidak dapat menghadiri pada majlis tersebut, kebahagian turut saya rasa atas kebahagian keluarga saya yg semakin berkembang :)

Pagi ini saya kira pagi nan damai dgn kedingingan hujan lebat malam tadi dan renyai-renyai..ohhhh mmg tenang di hati. Agak kekok nk bersarapan tak kala perut dah terbiasa dgn berpuasa..hehehe..sedap dodol buatan teman sekerja Fairuz...tp niat nk diet kne lah jamah patut padan:) ..Hari nie jg pepagi lg teman-teman sekerja turut mengusik manja " Ieja....hang/ko bla nk kawen" senyum jer saya dgr persoalan itu yg saya kira kerap bermain di bibir mereka di sekelilingku..terima kasih atas keperihatinan kalian semua:) Saya kira itu jg satu doa buat saya...insyaallah wahai teman-temab semua...moga doa kalian dimakburkan, Aminnnn.Itu lah jawapan yg saya ada sekarang..Kak Erma jg teman sekerja turut menyaran saya mengamalkan solat Sunat Dhuha...katanya elok diamalkan disamping memohon doa mendapat suami yg baik..insyaallah..So, masa yang agak terluang nie saya guna utk google mencari kaedah dan fadhilat  Sunat Dhuha ini..berazam pada diri utk mempelajari,memperbaiki bacaan utk mengamalkannya..

Hasil google saya td...nak jg paparkan Fadhilat dan Kelebihan Solat Dhuha:
 
Solat sunat dhuha ialah solat di waktu pagi. Ia merupakan salah satu dari tiga solat sunat yang tidak pernah ditinggalkan oleh Nabi Muhammad SAW.

Berkata Abu Murrah Ath-Tha’ifi r.a. bahwasanya Nabi s.a.w. telah bersabda :
Allah telah berfirman:

“Wahai anak Adam! Bersembahyanglah untuk Aku di awal pagi, niscaya Aku akan mencukupimu di akhirnya.” (Riwayat Ahmad)

Hadis Qudsi ini menganjurkan kita mengerjakan Solat Dhuha yang mana antara faedahnya, Allah Ta’ala memberi jaminan akan melaksanakan segala keperluan-keperluan keduniaan manusia setiap hari.

Dalam riwayat yang lain Rasullullah SAW pernah bersabda yang maksudnya :

“Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat solat Dhuha .” (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Dalam sebuah hadis yang lain Nabi SAW bersabda bermaksud :

” Barangsiapa yangmenunaikan sembahyang sunat Dhuha sebanyak dua rakaat tidak ditulis dia daripada orang-orang yang tidak lalai daripada mengingati Allah dan barangsiapa yang
menunaikan nya sebanyak empat rakaat ditulis akan dia daripada orang-orang yang suka beribadat dan barangsiapa yang menunaikannya sebanyak enam rakaat dicukupkan baginya pada hari tersebut, barangsiapa menunaikanyan sebanyak lapan rakaat Allah menulis baginya daripada orang-orang yang selalu berbuat taat, barang siapa yang menunaikannya sebanyak dua belas rakaat Allah akan membina baginya mahligai didalam syurga dan tidak ada satu hari dan malam melainkan Allah mempunyai pemberian dan sedekah kepada hamba-hambaNya dan Allah tidak mengurniakan kepada seseorang daripada hamba-hambaNya yang lebih baik daripada petunjuk supaya sentiasa mengingatiNya,” (Riwayat At-Thabarani ).

Fadilat Dhuha

Banyak hadis-hadis yang mengalakkan solat Dhuha dan menyatakan keutamaannya, antaranya dalam riwayat katanya:

1. “Kekasihku Rasullullah SAW telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat solat Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan” (Abu Hurairah :Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

2. Adapun kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab “An-Nurain” sabda Rasullullah SAW yang maksudnya : “Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan.”

3. Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya :
“Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.” (Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi).

4. Daripada Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu berkata: “Aku mendengar Rasulullah SAW berkata: “Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas” (Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)

Kaifiyat Dhuha

Waktu sembahyang Dhuha ialah dari naik matahari sampai sepenggalah dan berakhir di waktu matahari tergelincir tetapi disunatkan dita’khirkan sehingga matahari naik tinggi dan panas terik. Cara menunaikannya pula adalah sama seperti sembahyang-sembahyang sunat yang lain iaitu dua rakaat satu salam.Boleh juga dikerjakan empat rakaat, enam rakaat dan lapan rakaat. Menurut sebahagian ulama jumlah rakaatnya tidak terbatas dan tidak ada dalil yang membatasi jumlah rakaat secara tertentu, sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah bermaksud:

”Adalah Nabi SAW bersembahyang Dhuha empat rakaat dan menambahnya seberapa yang dikehedakinya.”(Hadis riwayat Ahmad, Muslim dan Ibnu Majah)

Dari segi pembacaan di dalam solat sunat dhuha tiada wajib membaca surah-surah tertentu di dalam rakaat tersebut. Cuma kebiasaan yang dilakukan oleh para ulama iaitu pada rakaat pertama dibaca surah Fatihah dan surah Wasy-Syamsi atau surah Al-Kafirun. Manakala rakaat kedua dibaca Al-Fatihah dan surah Ad-Dhuha atau surah Al-Ikhlas.
 

semoga saya dan semua yg membaca bakal mendapat manfaatnya:)


Wednesday, September 29, 2010

Bosan kerana.........

Minggu nie pagi yg agak menyenangkan hati....berkat tgh posa 6 agaknya...alhamdulillah. Haruslah pepagi sampai di meja ofis minda pasti ligat nk on kan laptop...pastu???? jeng2.....wajib ler saya login itu "Muka Buku"eheheh...bkn nk tgk ker update apa sgt..tp dh jd sebati darah daging plak kne open hat tue dulu...tp still tak lupa open jg Outlook ofis nie..kut2 ada email penting harus diselesaikan.Oklah,nk story spt tajuk di atas!!

Bla dah belek2 updated dr FB mate tue, tetiba nampak kawan saya nie online jgk.Sebetulnya hanya inginkn confirm back shj beliau yg ingin bertandang ker rumah sewa saya sempena raya. Dulu kami satu rumah dan sebulan lebih satu bilik:p Topik asal dah bertukar plak. Saya mula faham ada kegusaran di minda beliau tika ini bila perkataan BOSAN di hujung minggu di paparkan pd skrin FB chat saya. Tp saya hanya bertanya sebab dulu bg mengukuhkan andaian hati saya dan.....SAH betullah tekaan saya. Bosan itu timbul kerana tiada calon istemewa buat beliau utk dikira sebagai bakal teman hidup.Apalah sangat nasihat saya buat beliau sementelah(btl ker tatabahasa nih???) saya sendiri masih tiada colon tetap sbg bakal teman hidup. Cerita kami hampir sama di mana jodoh adik perempuan kami mendahului kami.Saya amat faham kesedihan hatinya krn saya jg di posisi beliau. Perbualan kami terhenti di sini shj..nanti bila jumpa pasti topik ini menjadi isu hangat kami..

Jodoh....sgt subjective pada semua org kan. Saya sendiri tidak tahu bilakah masa jdh saya sebetulnya sampai.Bukan kata tidak nampak kelu langsung..mmg ada, tp selagi ianya tidak nyata saya tidak mahu pandang berat Kelu???? biarlah rahsia di hati saya. Setiap perempuan yg mengjangkau usia 20an pasti mula terpikir jodohnya.Pada yang mudah mendapat jodoh,syukur dan selamat melayari bahtera masing2..Pada yg agak berat sedikit wlupun diri sudah bersedia,apa yang saya dapat kata...besabar dan berdoalah kepadaNya spt yg saya turut lakukan.Saya percaya ada hikmah knp jodoh ini belum sampai..setiap insan akn dihadiri pelbagai jenis ujian hidup..salah satunya pasal jodoh inilah..Saya tak nafikan zaman serba moden ini sudah diperaktikkan perempuan jg harus berusaha mendapatkan jodoh idamannya dgn cara yg mulia di sisi Islam..tp bg saya usaha saya akan timbul bila hati saya akan merasai anak ADAM itu ada kemungkinan bakal teman hidup saya.Tipu jg klu saya kata sehingga skrang saya masih tidak ambil berat hal ini,tp dik krn tidak punya calon yg sesuai lg, saya kira saya bersabar dahulu..paham dgn kehendak ibu bapa yg kini kerap menimbulkan hal ini tika pulang bercuti..tp puterimu ini tiada jawapan yg pasti lagi...doakan lah segala terbaik buat anakanda wahai ayahanda bonda tercinta..Saya amat yakin dgn takdirNya..akan tiba masanya saya akan berubah title menjadi PUAN pula..(kt ofis pun ada staff call sebut Puan Shariza sbb pangkat:p) dan akhirnya saya jg mendoakan buat teman saya tadi agar beliau dapat tempuh dugaan ini dgn sabar dan tenang jg bakal beroleh jodohnya sendiri..Beliau lebih cantik dari dulu...pasti ada hati yg tgh berkenan belum menjelma dpn beliau..hehehe

dan tetiba saya teringat ofis mate saya ada note yg bg memudahkan jodoh amalkan surah yusuf ayat 1-4 mudah-mudahan ya bakal termakbul..aminnn


Jodoh,Rezki,Maut adalah ketentuanNYa dan saya harus ada usaha,sabar dan doa.

Aku tetap aku;

Tuesday, September 28, 2010

minggu ke2 Syawal 1431 Hijrah

lama jgk tak jenguk blog sendiri...bkn xdak citer nk taip tp lebih suka visit mana-mana favorite blog..hehehe..mcm2 ada kt blog diaorng sempena aktiviti Syawal nie..srnk tgk gambar-gambar kt blog diaorng..

Saya??? tatau knp mood saya nk amik gambar sgt kureng klu nk dibandingkan dgn zaman study and sweet remaja dl..skrang sweet woman lak..hikss:p Bkn tak bawa camera tue bla pegi ziarah mana2 raya kt kg hari tue..tp tak amik..lbh fokus bertukar citer ngn mak2 sedara,sepupu dan main ngn anak-anak buah...rasa lbh srnk dari nk tangkap gambar...bla nk kenangkn balik memori tue kne la igt2 jer di alam fantasi...pelik ker mcm ni??? Takpe lah...kut nanti2 mood amik gambar datang.....kiter posing sakan org kedah slu kata!!!!

Nie dh half week utk second week bln Syawal....xder apa sgt aktiviti jalan-jalan  beraya yg saya sertai...nama pun duk diperantauan...terhad la nk kemana-mana...klu duduk kt hometown..ada jer umah sesapa nk gi beraya..sbb kenal rapat, lbh selesa nk beborak and makan..KL??? ada la umah sedara dan kwn2 yg blh melawat,tp tak pergi pun...lgpun bla da masuk ofis balik, p keja and balik keja...sabtu ujung minggu baru2 nie g gym ngn Liza...besttttt..lama dh tak pegi.... so urat2 dan badan yg kene virus terkujat......menyebabkan diri ini sakit dan sengal otot badan..xper,kne truskan lg usaha utk badan kekal sihat dan nk kurus skit..hehehe..entah dpt ker tak!!!

Tp yg istimewa this year raya...saya dah nak habiskan puasa sunat 6...hari ini hari ker 5 suda baaaa...harap2 cukup lah 6 kan...insyaallah...ok...see in next story..

 Chayokkk Ieja...posa 6 lbh baik utk kesihatan diri di samping fazilat yg diperolehi..Aminnn..

Luv:p

Tuesday, September 7, 2010

Yeahhh...Balik Kg..

Jam baru jer kol 9.18 pg...tp dh xbleh duduk ngn aman laaa....apa lagiiiii..mood raya dh tersembur-sembur lahhh..Adoi....tulun!!!!! klu ler ni opis my dad kan...kan...dgn bangganya aku suker ati masuk kuar opis..bukan per,time2 gni mst dah tepikir meriah, bz lah apakan nk final touch kt umah sempena deko raya..Ermmm..camna lah "abah" hias umah kan....mmg dh fitrah,in my family house...abah yg lead sumer benda..my dad mmg power tau bab hias ker, beli baju raya kami anak beranak...sentuhan die mmg tip top jer..Mama??? my mum is cool mum,die tak banyak songeh..apa yg abah hias ker beli die tima jer..tp klu bab raya..ada gak my mum ni tunjuk cerewet die..tang nk balut ketupat..saya ngn mama lah tukang balut nyer nnt...then sambil balut masing2..mama kan mst curi pandang jer ketupat yg saya balut..check la kut2 saya jd "ketupat jantan" or "ketupat betina"..mmg mama nih sgt pentingkan gaya penampilan ketupat..klu xkena di mata dia...ohhh, kne la komen..tp tak la smp jejas mood saya nk balut kan...sgt betuah occayyyy..sbb tak semua mum akan buat sendiri ketupat palas..tradisi org utara."Ohhhh,cpt la jam putaq kol 10 mlm....xsabaq dah check nak naik bas balik nihhh"  nah saya red highlight lg..tpppp...blm satu pun barang2 nk bawa balik saya pack..yelah bz ngn kueh raya and stay umah member...mlm semalam baru balik and asing2 dulu apa yg nk bawa balik...kira2 timbangan barang2 nk bawa balik cecah kut 30kg..berat tak?..harap2 malam ni sausana indah mengiringi saya pulang ker tanah terchenta....terkenang lambaian padi...hijaunya negri ku...duhhh...tak bisa tahan lg...bos phm tak ehhh feel saya skrng...kn best tetiba bos dtg dan tersenyum.."Ieja, g la balik kemas apa patut..sian saya tgk awk...bukan banyak benda penting dah...balik baik2 yer" hohohoho.....saya la paling bahagia kt dunia nihhhh...klu ini terjadi...but..nahiiiii.....ok xper...sabar2..jap lg opis mate Liyana nk ajak round Menara TM...jualan hebat menanti kt sana..saja jamu2 mata lg..hehehehe...

Oklah....sampai sini dulu bersiaran di laman blog...terubat skit hati yg membara dh mcm cacing kepanasan nk balik kg kan...semoga semuanya berjalan lancar...dan ucapan;

                                               saja-saja create walau tak kreatif mana:p.....


Walau di mana pun kita berada dan merantau..sempenan tibanya lebaran ini..pulang lah semua ker desa terchenta kerana di sana lah kita akan benar2 merasai Meriahnya & Syahdunya Hari Raya...terutama bermaaf-maaf di hari raya nnt...

Luv

Monday, September 6, 2010

Biskut Raya

Salam Sedunia...

Time camni  semua dah ready @ masih lg pikir utk juadah sempena Lebaran Syawal kita. Sana-sini jualan dan promosi biskut raya tak kira yg moden, tradisional dan traden pun ader jgk skrang (ala spt bahulu yg pelbagai perisa tuhh)...see!!! SAH "rakyat Malaysia" mmg terror bab buat dan beli nihh...Saya tahun nie agak kureng mood ingin beli biskut raya..mod saya hanya KeK Lapis jer...dan my prenz Izwan dan Yusry bejaya sempurnakan keinginan saya nihhh...nnt saya upload kendian yg dh sy terima..

Cuti weekend bebaru nihh mmg bz la buat biskut raya...dh mcm org bizness pun ada..padahal nk buat tue sorang sejenihh dua jer..memandangkan saya tak beli langsung biskut raya..so terima la offer member2 kamceng saya utk kami sama2 buat sendiri biskut..pastu agihhh sesama kami yg seramai lima org..start 2ptg Sabtu smp la Ahad pepagi buta kami buat biskut ini...nk cerita sepanjang buat biskut nihh sgt la berjela,tp ringkasannya sgt happy lah..dgn biskut yg menjadi hasil sentuhan mereka cipta, tetiba adalah biskut keras, oven wat hal..biskut hangit...salah OVEN??? yup..timer dah btl..tetap hangit der sesetengah tuhh (padahal memasing yg cetek akai nk manage oven tue..hahahah) dan tentunya kerenah lima org kami...Yus,Wan, Jai , Saya dan Boy...dgn semua nk jd Diva Biskut Raya..Biskut2 yg berjaya kami hasilkan seperti list kt bwh (over nk show off)

~ Cornflakes Oren Rangup
~ Murmur (Makmur) Sabah
~ Bunga Masam-Manis
~ Jejari Oat
~ Almond Malaysia
~  Choc Chip Sayang

Tgkkk..hebat kan para teruna dan dara buat biskut2 di atas nihhh...sudahnya today pakat ngantuk nk dtg kejer...Yusry dh selamat tiba Kuching,Sarawak pun..Jeles Boy jer yg cuti...Biskut dah ada,HARUS feeling skrang hanya utk nk RAYA...tp semasa buat biskut tue,xplak saya feeling nk capture gambar sbg bukti..enggak apa2..nama pun bz kan wat biskut,klu bnyk gamba mcm ner nk kata bz buat biskut??? sendiri pikir!!!

Nie ada skit tatapan nk tunjuk jgk BUKTI biskut hasil kerja tangan saya dan kwn2

Klu nk total dalam 1800 biji jgk la....(yg nampal bolat2 tue my Cornflakes Oren~~Abah kata beli Conflakes jer,tp nahh anakanda buat sendiri.....debar jer nk bg abah test n komen!!!

Murmur yg mls nk packing jd mcm nie lah...hehehe, tppppplihat version 2...



version 2 :Murmur Sabah yg ini cantik dan kemas (utk Yusri sbb die kan nk naik belon:p  blk kuching..)




Ok..sekian citer serba sikit aksi pembikinan biskut raya tahun nie bersama My DIVA tersayang...


Penat sgt buat biskut sendiri...tpppp sgt bahagia bersama teman2 tersyg..


Luv

Friday, August 27, 2010

Jamu Mata & Cikgu Memasak

Skarang tgh break....saya dgn member opis, Aireen & Liyana berkunjung ker Menara TM, mulanya nk jamu2 mata jer...tpppp...leh caya ker pompuan klu jamu2 mata xbeli walau secubitkan..then saya yg mmg teringin benar nk mkn rendang dan lemang tue,beli lah...rendang beli sbb sedap plak tgk liyana beli...jln nk kuar skit,nmpk lemang dan ketupat dijual...wallahhh,cantekkk sgtttt...trus amik lemang..ketupat nnt balik mkn kt kg lebih nikmat...

Harga:
100g Rendang Daging RM5.00
lemang seketul RM5.00

Dr Google-rupa camni rendang daging tue

Dr Google: seketul jer saya beli

Itu jerlah saya beli...nk ajak kut sesapa mkn ngn saya...

ok....lps abih kami membeli...sbnrnya xtahan lama2 kt area jualan..tergoda lg truk nnt!!! so jalan balik opis..Aireen nk masak tp die confius ngn resepi yg die browse..Saya apa lagi,tunjuk skit skill ciput yg ado kann...saya pun tulih dan terangkan pd die 2 jenis resepi yg mmg terliur bla duk tringat bolan2 posa nihh..Masak Lemak Cili Padi "ikan tenggiri" & Butter Prawn (yg nihh saya xprh cuba tp tau jer cara)

So, moga Aireen success dgn masakannya....


Pembaziran slu dilakukan tanpa sedar dan ikut nafsu. Ilmu sgt baik utk dikongsi...xrugi punnn..

Sekian

Thursday, August 26, 2010

Rindu

Beberapa hari ini hati saya sgt rindu ingin menatap wajah comey ini..Saya hanya sempat melihat Muhammad Nur Akasyah 10 jam selepas dia lahir berjumpa kami semua sblm kembali ker KL..Ini anak ketiga kakak saya. Ermmm,nampak gayanya saya kempunan nak menimang anak saudara pompuan la..tp xper,terima jgk dgn hati yg sgt gembira.Iras wajahnya seperti Abg Longnya, Azfar..nnt saya upload dua lg hero kakak saya tue..

Rindu sausana rumah yg pasti riuh rendah dgn ketiga-tiga hero ini,bak kata abah.."dulu abah ngn mama ramai anak pompuan...ni cucu DIA bg hero kesemua"..upsssss,nnt adalah heroin plak yer abah..hehehe..sabar dan doa utk ini..

Beberapa hari Akasyah lahir, kena lak Yellow Fever..cian si comey ini...kne la Kak Yung warded menemani baby kt wad(relate entry Kasih Ibu Bapa)..sory syg..Mak Ngah(saya ) tak balik tgk Akasyah pula,nnt raya pasti kita berkumpul lg...Rindu nk cium bau baby..luv it so muchhh...Tp skrng Akasyah dah ok dah..semoga sihat dan jd best slu...Mummy die tentu la fening nk lyn 3 hero lps nihhh...heheheh...chayok Kak Yung..

Okkk...bila rindu....ku sebut namamu....Akasyah...sambil tgk fotomu:)




Luv
~Ieja~

Wednesday, August 25, 2010

Angan-Angan....

Nk update nih!!! Memandangkan kerja opis yg nk dibuat dah buat, so aci lah kan buka blog and update apa yg terlintas. Satu exercise jgk utk menjana idea nk mengupdate blog ini masa hadapan. Dan yg paling penting,hilangkan ngantuk di bulan posa nih jgkk xlah saya terlibat dlm perbualan yg xsepatutnya.....

Okkk..angan-angan kali nie mestilah pasal mood RAYA!!! Sana-sini pergi, tgk blog yg lain or dlm lif sekali pun ada jer kedengaran nk beli itu ini sempena nak raya..Saya berangan-angan just nak beli handbag baru dan sandal. Dah lama tau pendam hajat nihh,even dah dekat setahun kerja,lom lg beli handbag baru..guna aja yg mana ada, tp nk buat jgk lah ganti..so ada skit collection nnt..xkisah mahai or murah..last 2 week ada beli,tp for mama present sempena birthday die..srnk sgt tgk mama happy terima handbag tu..Yelah,setakat ini,tue jer mama yg kak ngah dapat bgpun..nnt der rezki lebih kita p makan angin satu family yer...mcm yg selalu kita angan2kan..Pasai handbag yg saya bekenan nk beli tue pun,ada kt Parkson, The Mall..ada rezki dpt lah tue.Sandal plak sbb nk pakai seharian jgk selain hari raya.

Apa lg tgh angan-angan?? Tudung!!!!! Tp malangnya saya belum tau warna apakah baju raya saya krn abah saya yg urus semua..So,tunggu my sis Kak Chik update by MMS..Saya mmg ngaku gila membeli tudung...tp xbazir2 ok..saya beli saya pakai smp buruk..so bg saya xder pembaziran..patern xsemestinya terkini,apa yg penting.....design dan meterial tu kne ngn saya..cantik di mata,itu yg di beli..tp tahun nie kne lah jimat dan berpada2 nk beli..sbb tanggung My Baby Purple saya tue nk kne bebayor kt Tok Rimau...hahaahaa..

Hajat yg saya angan-angan dah saya tunaikan lebih awai adalah beli kain pasang sorang satu(Mama+Kak Yung+Saya+Kak Chik),2 helai T-Shirt buah Abah dan Adik Laki tunggal saya tu...sorang sehelai buat 3 anak buah saya...Nnt Mak Ngah ada duit lebih Mak Ngah beli lagi yer..erm tepikir duit raya jg utk diaorng, berapa nk kasik...Yg nie mmg angan-angan saya lama dah...alhamdulillah dapat saya tunaikan..

Adoi....mood nk karang dah lombab nehhh..gara2 den terngiang2 lagu Jejaka Idaman-Raja Ema...kan ayat first die Angan-angan......

Ok,daaa...


Memberi org tersayang kebahagian adalah sebahagian dr kebahagian dlm diri saya

Luv
~Ieja~

Monday, August 23, 2010

Kasihnya Ibu Bapa

Semalam, my dear gang Izwan minta saya pilih Kek Lapis Sarawak utk Yusri order dari mummy dia...kali nie mood nk beli kueh raya hanya tertumpu pada Kek Lapis Sarawak. Sebab???? kerana saya suka coraknya yg sgt2 menarik selain kagum pada pembuatnya yg bagi saya sgt dedikasi dalam menghasilkan kek lapis...Ermmm, sebetulnya bukan kek lapis menjadi nukilan saya tuk entry ni sebaliknya.......seperti tajuk utama!!!

lebih kurang dlm pukul 10.00pg, semasa pemilihan kek lapis, saya yg mmg excited dgn corak2 kek itu teringatkan abah saya. Call nk tanya dia, perisa apa yg nk diorder (abah pakar consultant rumah tangga familyku)

First call :( (abah xangkat)....saya pun abaikan dan sambung tgk blog kek lapis terserbut..

15 minit kemudian~~fon opis saya berbunyi...igt staff mana ker call, xbaject abah sendiri call gne no opis nihhh...first time kut (saya pun guna pon opis gak call abah tadi).

Abah: 
Beri salam....kak ngah call td abah duk masak (Beliau memberi alasannya)

Saya: 
Yaka...(mcm xpecaya) awat Abah masak??

Abah:
Sat lagi nk bawak nasi kt Kak Yung, dia duk wad sbb baby demam kuning..

Saya: Oooo, Kak Yung duk wad plak (saya sedia maklum kakak saya yg baru besalin hero ke-3 tepaksa warded dik babynya   journdis (xsure spelling)...

perbualan dgn abah diteruskan dgn bercerita hal Kak Yung dan pertanyaan Kek Lapis..ok sumer "DONE" abah kata order la kurang dari 3 biji yg bukan perisa pandan, oren yg selalu dah kami rasa.

dan sebelum saya letak gagang fon nihh abah tanya:

Abah: 
Kak Ngah,per siaran kartun astro..ni Azfar(anak buah saya yg pertama) sibuk
duk tekan..611 ker???

Abah sgt pantang remote di tangan budak2...fobia bnr dia berjaga2 remote nk jahanam...


Saya: 
Ketawa sebentar!!! Abah try la 613 ker 611...(saya pun xsure channel yg sbnrnya, sbb sy bergantung pd mood info utk tukar channel)

Abah: 
Oklah...diakhiri perbualan dgn memberi salam pd saya.

Tetiba, hati rasa sayu (dah la tgh sensitive skrng) kenangkan pengorbanan Abah dan Mama saya dlm memberi yg terbaik buat kami 4 beradik. Saya yg pulang minggu lepas ker Jitra dikhabarkan mula2 Mama cuti dulu sempena kakak saya yg bakal dibedah utk melahirkan anak ke-3, dan minggu ni abah pula bila mama start kerja. Abah bercuti utk menolong kakak saya yg dalam pantang,mengurus apa yg patut disamping menjaga 2 lagi hero kakak saya. Sampai begini sekali curahan kasih sayang mereka buat anak2, "Ohh Tuhan, rahmatilah ibu bapaku dan berilah ganjaran semulianya buat mereka kerana limpahan kasih sayang mereka kepadaku dan adik beradikku" Aminnn.. Terdetik di hati saya..adakah satu masa nnt saya jg bakal berkorban cuti dan sebagainya krn ingin menguruskan Ibu Bapa saya satu masa nnt??? Saya bertekad akan buat perkara sama jg demi kebahagian mereka...luv Abah dan Mama so much..


Tiada kasih yg paling telus, selain Ibu Bapa saya..Jgnlah saya ini sewenang-wenangnya menderhaka dan menyakiti mereka.....

Rindu seorang anak yg berjauhan..
~Ieja~

Ketagih Blog

Sejak kebelakangan ni saya sgt suka melangut(versi kedah mariii)blog mereka yg pada saya memberi inspirasi, kekuatan, dan semestinya menjadi supplement kepada saya dlm sehariah kamus hidup saya. Sangat kagum dan kekadang jeles sungguh memikirkan mereka ini yg punya idea tersendiri dalam mengisi blog. Ermmmmm, blog siapa ya yg saya suka sgt langut tuhhh??? "biarlah rahsia" dulu..

Bila diselidiki balik,ternyata saya di paras "addict" kepada blog mereka. Pasti tak senang duduk kalau sehari xjenguk ker blog mereka..cerita mereka ada yg menyentuh naluri, memberi peringatan, info2 yg bernas, resepi yg saya blh try (ohhh, mood malas nk masak skrang)dek krn tiada teman nk kongsi masakan (alasan ker nihhh), tgk baby comey mereka (saya yg cintakan kesucian bayi dan kanak2), nk tau kisah mereka dan keluarga (nihh penyebok nk jg tau apa mereka ni update). Nie antara yg saya terpikir nk taip lah..

Sebelum nie sudah ada entry pengenalan saya, tah apa mood hari tue, saya delete semua (over plak!!! satu jer pun entry tu~~heee~~... Saya harap pada diri sendiri, akan ada mood saya bercerita versi siber nihh. Bukan xder citer yg nk dipaparkan,tp dik sibuk langut blog org dan minta yg ketat nk update..maka terbengkalai lah blog ini.

Tujuan saya update hari ni,kerana fikiran yg kurang tenteram. Insyaallah, saya cerita nanti.Ada berpendapat salah satu nk kurang/hilangkan masalah dgn cara meluah di atas sekeping kertas sebelum kita tido. Tp giler malas lahhh, hari2 sblm tido, nk tulih apa yg kita xpuas hati ker, kiter seronok ker kan...maka hari ni saya berazam nk update blog saya ni.


MALAS adalah penyakit yg bisa membunuh kehidupan saya.


Peace
~Ieja~