Saturday, January 14, 2012

Alhamdulillah


YA!!! tiada kata-kata indah selain dari pengucapan syukur Allhamdulillah kepada Allah apabila sesuatu yang hampir hilang dari hidup kita telah dikembalikan. Itulah yang saya rasakan apabila telefon tangan saya tidak berada disisi lagi. Maha suci Allah, dengan keizinananNya dia melembutkan hati hambanya yang telah menjumpai telefon itu untuk memberi kembali kepada saya. Ayat "Terima kasih" sahaja yang mampu saya balas kepada wanita mulia itu di kala saya kembali memegang telefon itu. Semanis boleh saya pamerkan senyuman ketika itu...

Teringat kembali akan kata-kata mama yang selalu disebut apabila barang kesayangan kita hilang, "InsyaAllah, kita beli dengan duit yg halal dari keberkatan usaha kita, Tuhan tu pelihara sampai kita jumpa balik" .


Sudah dua kali telefon ini hampir pergi dari hidup saya ..dengan keizinanNya sehingga kini telefon ini masih dengan saya..Terima kasih Allah..

nota: 2 kali juga telefon saya diselamatkan oleh insan bergelar wanita..wajah2 mereka masih segar diingatan

 

No comments:

Post a Comment