Semalam, hati sgt sayu memikirkan apakah diri ini akan bangun utk hari ini..lebih takut memikirkan kata penceramah di mana hari dan tarikh kita dilahirkan itulah kita bakal juga meninggalkan dunia ini..Wallahualam..Sebelum terlena..terkenang wajah-wajah insan yg disayangi..rindu itu sentiasa di hati..lantas ku berdoa atas segala kesejahteraan mereka semua dan berharap kebahagian buat kami semua..masa yg diizinkan pasti pertemuan bersama mereka semua kembali lg..
Tahun ini rasa sesuatu sgt..sukar nak terluah dgn kata-kata..Semua itu rahsia Allah S.W.T..Hari ini Ahad, 12 Febuari bersamaan jg dgn 28 tahun yg lalu..bezanya cuma tahun shj..di kalendar jg tarikh dan hari jelas sama antara kalendar 1984 & 2012..amazing bukan..Saya mengharapkan tahun ini bakal memberi penghidupan baru buat saya..doa saya sentiasa ke arah itu..InsyaAllah dgn IzinNya mohon diperkenankan hajat itu..kerana DIA yg mengetahui segalanya..
kata-kata buat yg mengenali diri ini sempena hari lahir.. |
No comments:
Post a Comment